Membina Badan
➽ Ia mengandungi 20 JENIS asid amino, termasuk 7 asid amino PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.
Sifat Pemulihan
➽ Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.
Kesihatan dan Kebersihan Gigi
➽ Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah LEBIH BERKESAN daripada 2 jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.
Mempercepatkan Penyembuhan dan Pembaikpulihan
➽ Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan KOLAGEN dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.
Pembaikpulihan Elastin & Kolagen
➽ Ia dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasil dan mengekalkan kulit yang sihat.
Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat & Meningkatkan Tahap Tenaga
➽ Secara semulajadi dapat menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita. Dengan demikian, meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan BERAT BADAN yang IDEAL.
Menyokong & Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan
➽ Kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.
Sistem Penghadaman Yang Semulajadi
➽ Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.
Membekalkan Mineral Surih
➽ Ia mengandungi 20 mineral semulajadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.
Membekalkan vitamin Semulajadi
➽ Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.

